Tajuk : Darab
4.2
Kelas :
2K
Masa : 3.05pm—3.35pm
Objektif :
Diakhir pelajaran ini pelajar dapat
A Membina sifir dua, lima, sepuluh dan
empat dengan berpandukan objek
Konkrit.
B
Membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan berpandukan
gambar.
C
Membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan berpandukan garis
nombor.
|
Isi Pelajaran |
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran |
Alat Bantu Mengajar |
Set Induksi (5 minit)
|
Pemerhatian dan
analisis |
- Guru menunjukkan epal epal kepada murid murid. Contoh
|
Epal yang benar |
Langkah 1 (8 minit) |
Penjanaan idea dan
sintesis idea |
- Guru membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan.
- Guru mengedarkan dua biji manggis kepada setiap kumpulan.
- Guru minta ketua kumpulan menyatakan bilangan epal yang terdapat pada mereka.
Contoh: Berapakah bilangan epal yang terdapat dalam kumpulan anda?
- Guru menerangkan mengenai kosep darab (penambahan berulang) dengan mengaitkan
aktiviti yang telah dijalankan.
- Setiap ketua kumpulan menyatakan bilangan epal yang terdapat pada mereka.
- Guru memperkenalkan ayat matematik yang terlibat dengan situasi yang ada.
2 + 2 + 2 + 2 + 2 =10
5 × 2 = 10
- Guru membimbing murid mereka situasi lain yang bersesuaian melibat- kan operasi
darab.
|
|
Langkah 2(12 minit) |
Pengukuhan kemahiran
murid dengan menggunakan garis nombor. |
- Guru memperkukuhkan aktiviti darab dengan menggunakan garis nombor
- Guru menyoal murid.
Contoh: Berapakah bilangan bunga dalam setiap kumpulan?
- Murid membilang dalam gandaan 10 berdasarkan garis nombor yang diberi oleh guru.
- Seterusnya murid menentukan nilai bagi suatu nombor dalam sifir 10 berdasarkan
garis nombor.
- Guru meneruskan aktiviti dengan mengarahkan murid membilang dalam gandaan 10
berdasarkan garis nombor.
Contoh : Garis nombor
|
|
Langkah 3 (5 minit) |
Memperkukuhkan kemahiran murid dengan
menayangkan garis nombor melalui visualizer |
- Guru menayangkan garis nombor melalui slaid untuk mengukuhkan kemahiran
pendaraban.
- Guru meminta murid melengkapkan garis nombor.
- Pertandingan antara kumpulan diadakan.
|
Slaid |
Penutup (5 minit) |
Memperkenalkan darab adalah penambahan berulang. |
- Guru membuat kesimpulan bahawa darab adalah penambahan sesuatu nombor secara
berulang-ulang.
- Murid-murid menjawab soalan berkenaan darab.
- Murid-murid membuat lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
|
Lembaran kerja |