Monday, 12 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Tajuk : Darab 4.2
Kelas : 2K
Masa : 3.05pm—3.35pm
Objektif : 
Diakhir pelajaran ini pelajar dapat

                A Membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan berpandukan objek   
                    Konkrit.
                B  Membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan berpandukan   
                    gambar.
                C  Membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan berpandukan garis
                     nombor.


  Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Alat Bantu Mengajar
Set Induksi (5 minit)
Pemerhatian dan analisis
  1. Guru menunjukkan epal epal kepada murid murid. Contoh
Epal yang benar
Langkah 1 (8 minit) Penjanaan idea dan sintesis idea
  1. Guru membahagikan murid-murid kepada lima kumpulan.
  2. Guru mengedarkan dua biji manggis kepada setiap kumpulan.
  3. Guru minta ketua kumpulan menyatakan bilangan epal yang terdapat pada mereka.
    Contoh: Berapakah bilangan epal yang terdapat dalam kumpulan anda?
  4. Guru menerangkan mengenai kosep darab (penambahan berulang) dengan mengaitkan aktiviti yang telah dijalankan.
  5. Setiap ketua kumpulan menyatakan bilangan epal yang terdapat pada mereka.
  6. Guru memperkenalkan ayat matematik yang terlibat dengan situasi yang ada.
    2 + 2 + 2 + 2 + 2 =10
    5 × 2 = 10
  7. Guru membimbing murid mereka situasi lain yang bersesuaian melibat- kan operasi darab.
 
Langkah 2(12 minit) Pengukuhan kemahiran murid dengan menggunakan garis nombor.
  1. Guru memperkukuhkan aktiviti darab dengan menggunakan garis nombor
  2. Guru menyoal murid.
    Contoh: Berapakah bilangan bunga dalam setiap kumpulan?
  3. Murid membilang dalam gandaan 10 berdasarkan garis nombor yang diberi oleh guru.
  4. Seterusnya murid menentukan nilai bagi suatu nombor dalam sifir 10 berdasarkan garis nombor.
  5. Guru meneruskan aktiviti dengan mengarahkan murid membilang dalam gandaan 10 berdasarkan garis nombor.
    Contoh : Garis nombor
 
Langkah 3 (5 minit) Memperkukuhkan kemahiran murid dengan menayangkan garis nombor melalui visualizer
  1. Guru menayangkan garis nombor melalui slaid untuk mengukuhkan kemahiran pendaraban.
  2. Guru meminta murid melengkapkan garis nombor.
  3. Pertandingan antara kumpulan diadakan.
Slaid
Penutup (5 minit) Memperkenalkan darab adalah penambahan berulang.
  1. Guru membuat kesimpulan bahawa darab adalah penambahan sesuatu nombor secara berulang-ulang.
  2. Murid-murid menjawab soalan berkenaan darab.
  3. Murid-murid membuat lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
Lembaran kerja

2 comments:

  1. Penggunaan benda konkrit sebagai pengenalan konsep pendaraban memang bersesuaian, disusuli pula dengan pengisian garis nombor sebagai pengukuhan tentang hasil darab. Rancangan pengajaran yang baik, cikgu Lai.

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang padat dan lengkap sesuai digunakan sebagai BBM semasa P&P.

    ReplyDelete